07 January 2012

CINTA SEORANG LELAKI...



Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,,perubahan sikapnya dpt dilihat dgn jelas. Hati lelaki yg diaggap keras selama ini,,tiba2 menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup  berkorban dan melakukan apa saja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan diatas pengorbanan yg dilakukan lelaki untukmu itu...


Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu utk kamu dgn rela hati,,nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah orang yg berdamping dgnmu sekadar suka2 ataupun utk mengambil kesempatan,,tetapi atas dasar cinta yg sebenar. Betapa beruntungnya kamu...


Selain itu,,jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur,,itu tandanya dia inginkan perhubungan yg serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yg manis utk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dgn orang yg diaggap istimewa dalam hidupnya. Padanya sudah menjadi tanggungjawapnya utk membuatkan hati orang yg disayangi sentiasa senang dan terhibur...


Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yg kuat MEMBEBEL sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu NASIHAT. Ingat!! nasihat bermaksud MENGINGATI. Dia akan sentiasa mengingati orang yg dia sayangi agar hubungan yg terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan diantara kamu. Jadi terbukalah mendengar NASIHATNYA...


Jika sudah sayang,,mcm2 akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya. Begitu juga jika teman lelaki kamu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana utk menyelamatkannya dari berakhir begitu saja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin,,baru berbaloi...


Lucu tapi itulah hakikatnya apabila teman lelakimu berperangai tidah ubah seperti anak kecil semata-mata utk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayan lebih dari orang lain yg pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati,,cubalah sesekali utk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yg berpewatakan manja. Hanya utk orang yg disayangi sahaja...


Kamu hadapi masalah dan ORANG PERTAMA datang adalah TEMAN LELAKIMU. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa BERTANGGUNGJAWAB utk membantu. Si dia akan menjadi orang yg paling rajin dan sanggup melakukan apa saja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja atau pun masalah. Beruntungnya...


Kamu memberitahunya yg kamu akan ke satu tempat utk jangka masa yg agak lama. Tiba2 dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya...


Jika teman lelakimu sering bertanyakan soalan yg sama. "u masih sayangkan i??" jangan anggap itu satu persoalan yg membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah,,kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya... 


Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya utk seorang perempuan.Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat utkmu...


Manusia tidak ada yg sempurna,,samalah juga teman lelaki kamu. Tak lari dari buat silap dan kadang2 buat kamu KECIK HATI. Tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yg baik dan kamu perlu sokong dia. Berilah dia masa utk berubah. Nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi utk bahagiakan kamu,,itu satu perkara yg baik. Janganlah kamu cari pengganti dia semata-mata kamu kecik hati dgn kesalahan dia dan kamu pasti ke pengganti dia tu dapat membahagiakan kamu...


Dan PENGORBANAN paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu LEBIH MEMENTINGKAN DIRI KAMU berbanding dirinya. Apa saja yg dilakukan semata-mata utk kamu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi,,hargailah lelaki dan terimalah dia seadanya. Berilah diri kamu peluang utk kembali mencintai seseorang yg bergelar lelaki. Kerana cinta itu sangat indah sebenarnya...


Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari pengganti,,alasan kamu dah tak ada hati dan tak serasi,,kamu pula bagaimana?? adakah kamu itu tak pernah buat silap?? kamu tak pernah sakitkan hati pasangan kamu??. Jangan biarkan ego menguasai perasaan kalau tidak kamu pasti akan menyesal suatu hari nanti...


Mungkin pasangan kamu tak sempurna,,tapi kalau kamu dapat rasa keikhlasan hati dia itu lebih baik. Dan ikhlas itu tak boleh dilihat tapi boleh dirasa dengan hati......... =)



No comments:

Post a Comment