Jika
ditanya pandangan sebilangan masyarakat hari ini mengenai 'perkahwinan awal (muda)', pelbagai jawapan serta respons akan kita
dapati. Dari jawapan-jawapan yang kita dapati juga kita dapat melihat
pemikirannya dikuasai atau telah terdidik dengan sistem Islam ataupun tidak. Ada
yang berkata: "Zaman dah berubah!" Kepada
mereka ini baiklah dikatakan, kembalilah kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Zaman hari ini mengajar kita bersandarkan diri kepada tokoh-tokoh pemikir moden
yang dilihat sebagai hebat dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Hasilnya, kayu
ukur yang telah ditetapkan adalah sejauh mana kejayaan seseorang dari
sudut material (banyak harta, duit). Inilah yang dikatakan mentaliti yang telah
dijajah sekian lama oleh golongan yang mengajak meninggalkan agama.
Kenapa
materialistik semata-mata tidak boleh dijadikan ukuran?
Kita
melihat dan sering mengeluh melihat ramainya pasangan yang bercerai. Punca
utama yang dilihat sebenarnya adalah kerana kurangnya agama. Apabila ia jarang
atau kurang mendengar ilmu agama, maka jiwanya gagal dibersihkan serta
dibentuk. Ini adalah kerana pembentukan insan yang terbaik adalah melalui
didikan agama.
Suami atau isteri yang benar-benar memahami tanggungjawabnya
sebagaimana garis panduan yang telah dibekalkan Al-Quran dan Sunnah, insya Allah akan dapat memandu pasangan
tersebut mendapat kejayaan di dalam hubungan rumah tangganya. Saranan-saranan
yang lain yang dianjurkan di dalam Al-Quran dan Sunnah seperti mengajak kepada
bersabar serta nasihat menasihati turut membantu di dalam menjayakan hubungan
tersebut.
Ini
sekaligus menafikan dakwaaan sesetengah orang yang beranggapan kahwin muda akan
menjadi punca penceraian awal! Bahkan orang yang lebih matang yang telah
berkahwin lama akan tetapi jahil tentang agama akan lebih merosakkan institusi
kekeluargaannya.
Telah
disebut di dalam Al-Quran bahawa Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya pada (diri) Rasulullah
itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang
sentiasa mengharapkan (rahmat) Allah dan (takut akan azab) hari Kiamat dan
banyak mengingati Allah..."
(Surah al-Ahzab ayat 21)
(Surah al-Ahzab ayat 21)
Allah
SWT telah menyuruh kita agar mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW
juga turut menekankan betapa pentingnya menuruti sunnah baginda sebagaimana
sabdanya yang bermaksud:
"Siapa yang benci dengan cara hidup
(sunnah)-ku maka dia tidak termasuk golonganku."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kedua
dalil di atas secara tidak langsung berkait rapat dengan isu yang sedang
dibincangkan ini. Ini kerana kahwin juga merupakan satu tuntutan agama yang
sangat besar.
KEPENTINGAN
PERKAHWINAN SERTA KELEBIHAN KAHWIN AWAL
Kita mendengar ada yang
beralasan: "Kahwin bukan semata-mata seksual!"
Kepada mereka ini dikatakan,
benar memang ia bukan semata-mata seks, akan tetapi seks menjadi salah satu
sebab dan intipati terbesar di dalam suatu perkahwinan. Bahkan kita juga boleh
mengatakan di antara faktor perkahwinan yang berjaya adalah apabila kedua
pasangan suami isteri mempunyai hubungan seksual yang harmoni.
Di antara hikmah serta kepentingan kahwin awal yang disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW. Baginda bersabda yang bermaksud:
"Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu
yang sanggup memikul tanggungjawab berumah tangga, maka kahwinlah! Kerana
perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang
belum sanggup, hendaklah dia puasa, kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu
berahi."
(Riwayat Sahih Muslim)
(Riwayat Sahih Muslim)
Hadith
pertama ini dengan jelas menyebut perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan
kemaluan dari dosa. Para ibu bapa yang menghalangi anaknya yang sudah bersedia
untuk berkahwin hanyalah membuatkan anaknya berisiko untuk melakukan zina dan
maksiat.
1). "Dari Umar al Khattab
r.a., sesungguhnya telah berkata: "Kahwinkanlah anak-anak kamu apabila
sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka."
(Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam an Nisa)
(Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam an Nisa)
2). "Dari Jabir r.a.
katanya: "Rasulullah SAW pernah terlihat kepada seorang wanita, lalu
baginda segera mendatangi isteri beliau Zainab yang sedang menyamak kulit, guna
melepaskan rindunya. Sesudah itu baginda pergi menemui para sahabatnya, lalu
baginda bersabda: "Sesungguhnya wanita itu datang dan pergi bagaikan
syaitan. Maka bila kamu terlihat kepada wanita, datangilah isterimu, kerana
yang demikian itu dapat mententeramkan gelojak hatimu."
(Riwayat Sahih Muslim)
(Riwayat Sahih Muslim)
Hadith
kedua ini pula membicarakan tentang fitrah manusia iaitu seorang lelaki yang
apabila terlihat seorang wanita memungkin teransang nafsunya. Maka dia
disarankan agar terus mendatangi isterinya. Di sini lah keindahan Islam, kerana
Islam itu menyempurnakan fitrah. Bukanlah seperti pendapat sebilangan orang
masa kini yang sentiasa berdalih menafikan naluri seksualnya sedangkan hatinya
berkata sebaliknya. Kerana inilah juga digalakkan untuk berkahwin kerana jika
tidak berkahwin, jalan bagaimanakah lagi untuk mententeramkan hati lelaki?
3). "Apabila seorang
isteri tidur memisah dari ranjang suaminya, maka si isteri itu dikutuk malaikat
sampai pagi."
(Riwayat Imam Muslim)
(Riwayat Imam Muslim)
4). "Demi Allah yang
jiwaku di tanganNya, apabila seorang lelaki
memanggil isterinya tidur ke ranjang, tetapi si isteri enggan, maka penduduk
langit marah kepadanya sampai suaminya memaafkannya"
(Hadis Sahih Muslim No. 1372 Jilid 3)
(Hadis Sahih Muslim No. 1372 Jilid 3)
Hadith
no. 3 dan 4 di atas menunjukkan bagaimana pentingnya kewajipan seorang isteri
terhadap suaminya. Ini sekali lagi bukti bagaimana Islam itu mendidik umatnya
dengan menyempurnakan fitrahnya sebagai seorang manusia. Apakah kita masih mahu
berdolak dalik lagi mengenai bagaimana pentingnya hubungan seksual di dalam
suatu perkahwinan?
ZINA
DAN MASYARAKAT
Sebilangan
masyarakat yang mengutamakan adat dan tradisi dilihat meletakkan garis tertentu
yang perlu dicapai oleh anak-anak mereka sebelum dibenarkan untuk mendirikan
rumah tangga. Hasilnya kita melihat semakin lama semakin sukarnya untuk
berkahwin serta umur berkahwin pada masa kini semakin lewat berbanding pada
masa lampau.
Rata-rata
beralasan agar ia tidak menyusahkan anak-anak mereka kelak. Golongan sebegini
melihat kemudaratan pada masa hadapan sebagai satu musibah akan tetapi mereka
masih boleh menerima pada masa ini jika anak mereka bercinta, keluar berdating
dengan pasangannya, berpegangan tangan atau lebih dahsyat lagi jika anaknya
sudah menjejaki ke lembah penzinaan. Kemungkaran sebeginilah sebenarnya satu
musibah yang perlu dibendung terlebih dahulu. Soal rezekinya di masa hadapan
serahkan kepada Allah SWT. Bahkan kita dianjurkan agar bantu-membantu dan
bukanlah bermaksud lepas kahwin,
"kau punya pasal. Jangan cari mak bapak dah!" dibudayakan. Konsep
ini lah sebenarnya konsep yang salah.
Mungkin
juga adanya ibu bapa yang mengatakan, "nak bercinta pun kami
tak bagi!". Ketahuilah menghalangi diri anaknya untuk bercinta
suatu benda yang boleh dikawalnya akan tetapi menghalangi hati anaknya yang
mencintai seseorang bukanlah di dalam kawalannya. Perkara ini apabila ia sudah
melarat boleh mengakibatkan perkara yang lebih dahsyat. Sebaiknya, rasa cinta
anaknya itu diberi panduan sebaiknya agar ia tidak tersesat jalan serta terpedaya
dengan tipu daya dunia dan syaitan.
Satu
lagi hadith Nabi SAW yang bermaksud:
"Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah
SAW telah bersabda kepadanya: "..3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat
apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan
sekufunya"
(Riwayat at-Tirmizi)
(Riwayat at-Tirmizi)
Ramai
orang yang telah membincangkan halangan-halangan yang dihadapi oleh anak remaja
yang ingin mendirikan rumah tangga. Rata-ratanya adalah kerana terlalu menjaga
status keluarga yang menganggap jika kahwin awal akan menyebabkan tercemarnya
maruah keluarga kerana anak tersebut mungkin dianggap telah rosak atau
sebagainya. Akan tetapi, ingatlah jangan kerana terlalu menjaga perkara ini
sehinggakan tanpa disedari anak-anak ini sudah pun melakukan kemaksiatan.
Adanya satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pelajar dan pensyarah yang membuat survey aktiviti seksual di kalangan pelajar sekolah dan lokasinya adalah di sebuah negeri di Malaysia. Dan usah terkejut kerana kebanyakan yang mengakui sudah melakukan seks mengatakan mereka telah melakukannya sejak usia 15 tahun. Bahkan ada yang lebih awal lagi iaitu seawal 12-13 tahun. Bukankah ini suatu keadaan yang sangat menakutkan?
Buat
para ibu bapa, saya tidak mahu membuatkan anda berasa curiga dengan anak anda.
Akan tetapi permasalahan ini wajar diberi perhatian oleh ibu bapa. Komunikasi,
keprihatinan serta hubungan yang baik dapat membantu hubungan anak dan ibu
bapanya. Didikan agama seawal yang mungkin haruslah diterapkan kepada anak-anak
dan kahwinkan lah segera apabila telah mencapai usianya agar mereka terhindar
dari fitnah dunia.