31 January 2012

NIKAH KHITBAH...

Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan



Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :
dan kahwinkanlah orang-orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui . An Nuur : Ayat 32

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :
* Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
* Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
* Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
* Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
* Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
* Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
* Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
* Suami
* Isteri
* Wali
* Saksi
* Aqad [ Ijab Qabul ]

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
* Masih menuntut di kolej atau uniersiti
* Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
* Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara . Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

- Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

- Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya


Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .



18 January 2012

KELEBIHAN WANITA...


1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. 

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki
yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada
badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik
susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk
syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua
70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang
dibuat daripada yakut (permata).

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu
pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),
maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa
syurga wajib baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang
menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tuala emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tuala perak.

22. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.



Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak
Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam
kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga
sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin
empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu
terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan
kita bertemu Izrail...


 

9 SITI YANG PATUT DIJADIKAN IDOLA... =)


Siapakah 9 orang SITI yang paling layak diangkat sebagai idola? Adakah Siti Nurhaliza?? Siti Sarah Raisuddin?? Cik Siti Wan Kembang?? CT Plaza?? Ataupun Si Tikus?? hehehe.....



Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

Siti Aishah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

Siti Muti'ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

 


* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk "SITI IMPIAN"..Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?? Tapi bukan SITI NURHALIZA yer..Tepuk dada tanya iman..Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah...

13 January 2012

BERTUNANG MENGIKUT HUKUM SYARAK...


Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut. Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku..."Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut. Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon. Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting? Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya. Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut. Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

* nak ckp aku syok sndiri ke ape ke,,TERPULANG!! yg penting aku da sah jd tunang orang...huhuhu......... :p

    07 January 2012

    CINTA SEORANG LELAKI...



    Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,,perubahan sikapnya dpt dilihat dgn jelas. Hati lelaki yg diaggap keras selama ini,,tiba2 menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup  berkorban dan melakukan apa saja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan diatas pengorbanan yg dilakukan lelaki untukmu itu...


    Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu utk kamu dgn rela hati,,nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah orang yg berdamping dgnmu sekadar suka2 ataupun utk mengambil kesempatan,,tetapi atas dasar cinta yg sebenar. Betapa beruntungnya kamu...


    Selain itu,,jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur,,itu tandanya dia inginkan perhubungan yg serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yg manis utk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dgn orang yg diaggap istimewa dalam hidupnya. Padanya sudah menjadi tanggungjawapnya utk membuatkan hati orang yg disayangi sentiasa senang dan terhibur...


    Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yg kuat MEMBEBEL sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu NASIHAT. Ingat!! nasihat bermaksud MENGINGATI. Dia akan sentiasa mengingati orang yg dia sayangi agar hubungan yg terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan diantara kamu. Jadi terbukalah mendengar NASIHATNYA...


    Jika sudah sayang,,mcm2 akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya. Begitu juga jika teman lelaki kamu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana utk menyelamatkannya dari berakhir begitu saja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin,,baru berbaloi...


    Lucu tapi itulah hakikatnya apabila teman lelakimu berperangai tidah ubah seperti anak kecil semata-mata utk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayan lebih dari orang lain yg pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati,,cubalah sesekali utk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yg berpewatakan manja. Hanya utk orang yg disayangi sahaja...


    Kamu hadapi masalah dan ORANG PERTAMA datang adalah TEMAN LELAKIMU. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa BERTANGGUNGJAWAB utk membantu. Si dia akan menjadi orang yg paling rajin dan sanggup melakukan apa saja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja atau pun masalah. Beruntungnya...


    Kamu memberitahunya yg kamu akan ke satu tempat utk jangka masa yg agak lama. Tiba2 dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya...


    Jika teman lelakimu sering bertanyakan soalan yg sama. "u masih sayangkan i??" jangan anggap itu satu persoalan yg membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah,,kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya... 


    Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya utk seorang perempuan.Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat utkmu...


    Manusia tidak ada yg sempurna,,samalah juga teman lelaki kamu. Tak lari dari buat silap dan kadang2 buat kamu KECIK HATI. Tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yg baik dan kamu perlu sokong dia. Berilah dia masa utk berubah. Nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi utk bahagiakan kamu,,itu satu perkara yg baik. Janganlah kamu cari pengganti dia semata-mata kamu kecik hati dgn kesalahan dia dan kamu pasti ke pengganti dia tu dapat membahagiakan kamu...


    Dan PENGORBANAN paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu LEBIH MEMENTINGKAN DIRI KAMU berbanding dirinya. Apa saja yg dilakukan semata-mata utk kamu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi,,hargailah lelaki dan terimalah dia seadanya. Berilah diri kamu peluang utk kembali mencintai seseorang yg bergelar lelaki. Kerana cinta itu sangat indah sebenarnya...


    Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari pengganti,,alasan kamu dah tak ada hati dan tak serasi,,kamu pula bagaimana?? adakah kamu itu tak pernah buat silap?? kamu tak pernah sakitkan hati pasangan kamu??. Jangan biarkan ego menguasai perasaan kalau tidak kamu pasti akan menyesal suatu hari nanti...


    Mungkin pasangan kamu tak sempurna,,tapi kalau kamu dapat rasa keikhlasan hati dia itu lebih baik. Dan ikhlas itu tak boleh dilihat tapi boleh dirasa dengan hati......... =)